i-SEE
Agensi Pelaksana

Pemberi Dana

Inovasi
Inovasi diluluskan
inovasi disenarai pendek
harta intelek Inovasi difailkan
Inovasi dikomersialkan
Butiran Pendanaan

Kriteria Projek
- Produk inovasi mempunyai kualiti yang baik
- Mampu milik oleh semua golongan masyarakat
- Memanfaatkan golongan terpinggir seperti kawasan luar bandar dan orang kelainan upaya
- Jangkauan sasaran pengguna produk yang luas
- Persaingan yang mampan dan berterusan dengan produk yang telah berada dalam pasaran
Berkaitan Dana
-
Bergantung pada jangka masa dan sifat setiap projek, jumlah geran yang kami tawarkan mungkin berbeza. Jumlah maksimum sebanyak RM200,000.
Skop Geran
- Perlindungan harta intelek termasuk prior art search;
- Rekabentuk konsep dan pembangunan prototaip;
- Prototaip pengeluaran dan piawaian;
- Ujian dan pengesahsahihan produk; dan
- Pensijilan kepatuhan dan kawal selia
Selain Pendanaan
- Selain geran pembangunan inovasi yang dianugerahkan, kami berusaha untuk menyokong inovator kami dalam pembinaan kapasiti. Melalui pementoran, latihan untuk penyebaran inovasi kepada komuniti, peluang menjalin rangkaian, akses ke pasaran, nasihat amalan terbaik, dan banyak lagi, kami menyediakan mereka dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menyusun strategi dan memimpin dengan lebih baik, sekali gus membuka jalan kepada penghasilan impak yang lebih besar dalam tempoh jangka panjang.
Cara Memohon
- Emelkan kertas kerja projek inovasi anda beserta gambar dan/atau video ke emel info@yim.my. Untuk maklumat lanjut berkenaan Program I-SEE, sila layari laman web www.iic.innomap.my.
