Ruang Daya Cipta

Ruang Daya Cipta merupakan sebuah program pembudayaan sains, teknologi, inovasi dan ekonomi dengan membangunkan prototaip produk inovasi di peringkat pra-pengkomersialan dan mereplikasi projek inovasi ke komuniti lain. Program ini dijangka dapat meningkatkan taraf hidup dan pendapatan komuniti setempat melalui aktiviti pengkomersialan.

Agensi Pelaksana

Pemberi Dana

Ruang lengkap

Penglibatan belia dengan ekonomi digital

Sasaran penglibatan masyarakat di dalam komuniti

Agen PPR yang disasarkan

Butiran Pendanaan

E

Penerangan

  • 3 ruang lengkap bagi menggarap idea kreatif dan inovatif belia.
  • Mensasarkan seramai 525,000 orang dalam 150 komuniti berkemahiran STIE dapat menjana pendapatan dan pekerjaan melalui aktiviti. pengkomersialan dengan 150 prototaip inovasi yang dibangunkan untuk direplikasi ke komuniti lain.
  • Meningkatkan pengetahuan lebih 52,500 orang belia dengan bengkel dan latihan yang disediakan berkenaan dengan ekonomi digital, 3D Design & 3D Printing, AI & coding, robotik, mentoring, design thinking dan kitar semula bagi pembangunan skil dan bakat.
  • Melahirkan 525,000 orang agen sosial dalam komuniti PPR terbabit yang dapat menyelesaikan isu dalam komuniti dengan berinovasi.
  • 3 lokasi pilot projek: Balai Raya Taman Mawar, Paroi, Negeri Sembilan; PPA Desa Rejang, Kuala Lumpur; dan PPR Hiliran, Kuala Terengganu, Terengganu.
E

Aktiviti yang dilaksanakan

  • Program ini menawarkan pembelajaran secara hands on bagi membangunkan skil serta bakat belia B40 dan M40. Antara modul pembangununan skil yang ditawarkan ialah modul ekonomi digital, percetakan 3D, AI, robotic dan elektronik. Selain itu, program juga menerapkan pembangunan bakat melalui modul design thinking dan mentoring.
E

Perancangan YIM 2021

  • Pada tahun 2021, YIM menyasarkan pembinaan lagi 30 buah Ruang Reka STIE @ Komuniti melibatkan 30 komuniti Projek Perumahan Rakyat dan Projek Perumahan Awam di seluruh Malaysia. Dengan perlaksanaan program ini, YIM menyasarkan lebih 105,000 ahli komuniti akan mendapat manfaat pembudayaan STIE.
E

Objektif

  • Program ini bermatlamat untuk membudayakan Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE) di peringkat komuniti, seterusnya memberi peluang kepada seluruh belia B40 dan M40 samada berkemahiran ataupun tidak berkemahiran untuk melahirkan inovasi secara hands-on, experiential learning, sense of ownership and citizenship, STIE awareness melalui boot camps, brainstorming, mentoring danmotivationyang dibuat secara quadruple helix bersama pemegang taruh (akademik, agensi kerajaan, penyelidik dan badan bukan kerajaan (NGO)).
E

Sasaran

  • Program menyasarkan penglibatan komuniti B40 dan M40 setempat terutamanya kepada golongan belia. Program ini juga akan melibatkan beberapa lagi pihak berkepentingan seperti kerajaan, agensi kerajaan, universiti, badan-bukan kerajaan (NGO).
E

Kelengkapan

Ruang Reka STIE @ Komuniti merupakan sebuah ruang yang lengkap dengan teknologi (Komputer, Pencetak 3D, Kit Robotik dan elektronik) bagi menggarap idea kreatif dan inovatif belia B40 dan M40 dalam menangani isu-isu setempat mengunakan pendekatan Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE).

E

Lokasi

  • Program ini menyasarkan pembangunan ruang di komuniti Projek Perumahan Rakyat atau Projek Perumahan Awam di seluruh Malaysia. 3 lokasi projek perintis Ruang Reka STIE @ Komuniti sedang dalam pembangunan iaitu di Negeri Sembilan, Terengganu dan Wilayah Persekutuan KL.

Lokasi Ruang Reka STIE

en_USEnglish
Skip to content