Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar
Program ini seliaan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bertujuan memberikan kelestarian dan impak yang positif kepada rakyat Keluarga Malaysia terutamanya golongan B40 di bandar dengan mewujudkan perniagaan yang boleh menjana pendapatan yang tinggi dan meningkatkan kualiti hidup seterusnya keluar daripada kemiskinan luar bandar.
Butiran Pendanaan
Penerangan
- Bagi menarik minat masyarakat untuk mencebur diri di dalam bidang kemahiran menjahit pakaian, alatan berinovasi ini dapat membantu kecekapan dari masa dan tenaga bagi mereka yang ingin menjana pendapatan di dalam bidang ini dengan mudah.
Kaedah yang dilaksanakan
-
Kaedah pelaksanaan program ini terdiri daripada tiga (3) peringkat:
- Peringkat 1
IDENTIFY – Perserta projek ini dikenal pasti dan mengikuti asas kemahiran melalui siri ceramah.
- Peringkat 2
LEARN – Perserta melalui siri bengkel amali mengenai “Hard Skills” yang diperlukan untuk menjalankan projek
- Peringkat 3
PRACTICE – Perserta menggunakan kemahiran yang diperolehi untuk menghasilkan produk sebenar untuk mengasah kemahiran.
Objektif
-
Program ini akan memberikan kelestarian dan impak yang positif kepada rakyat Keluarga Malaysia terutamanya golongan B40 di bandar dengan mewujudkan perniagaan yang boleh menjana pendapatan yang tinggi dan meningkatkan kualiti hidup seterusnya keluar daripada kemiskinan luar bandar.
Sasaran
-
Bilangan Kumpulan Sasar: 100 peserta
Jumlah Keseluruhan (1 Program): 100 orang
Perlaksanaan
- Bancian dan pencarian peserta-peserta (14 hari).
- Melaksanakan kursus kemahiran dan keusahawanan berdasarkan modul yang telah disediakan (7 hari).
- Pembekalan peralatan mengikut bidang kursus kepada para peserta.
- Sesi bimbingan, pemantauan dan bantuan pemasaran kepada para peserta.
- Pemantauan dan penyediaan laporan pelaksanaan program.
